Pelayaran Tinggal 50km, Baki 30 Bot GSF Berjaya Elak Tangkapan Isra*l Di Laut Antarabangsa – “Pemintasan Haram Tak Akan Melemahkan Kami”

WorldPolitics
2 Oct 2025 • 10:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekurang-kurangnya 30 kapal daripada konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan berjaya mengelak daripada ditahan tentera laut Israel dan kini berada hanya sekitar 50 kilometer dari pesisir Gaza, menurut maklumat terkini daripada penganjur dan aktivis di lapangan.

Konvoi itu merupakan sebahagian daripada misi kemanusiaan terbesar ke Gaza setakat ini, dengan penyertaan lebih 500 aktivis dari 44 negara yang membawa bekalan makanan serta ubat-ubatan penting kepada penduduk Palestin yang berdepan kebuluran akibat sekatan berpanjangan dan konflik bersenjata.

GSF dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa misi tetap akan diteruskan walaupun berdepan dengan tindakan agresif rejim Zionis.

Pemintasan haram oleh Israel tidak akan melemahkan kami. Kami teruskan misi untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan

Misi GSF yang digelar sebagai misi maritim terbesar ke Gaza dalam beberapa tahun kebelakangan ini dilihat sebagai simbol solidariti global terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Penganjur memaklumkan kapal-kapal yang masih belayar kini berada dalam jarak kritikal dan dijangka menghampiri pantai Gaza dalam tempoh terdekat.

Komuniti antarabangsa juga terus memantau rapat perkembangan ini, dengan beberapa negara menyuarakan sokongan terhadap misi flotila serta mengecam tindakan Israel yang didakwa jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-02 09:45:45

PM Anwar Ibrahim Kutuk Serangan Tentera Isra*l Ke Atas Bot GSF - "Keselamatan Rakyat Jadi Keutamaan"