Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Tahun, Ini Kalendar Acara 2025 Di Kuching

26 Jan 2025 • 12:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan lepaskan peluang! Ini sorotan acara di Kuching sepanjang 2025

Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Tahun, Ini Kalendar Acara 2025 Di Kuching. Kuching, bandar raya penuh warna-warni di Sarawak, kembali lagi dengan pelbagai acara menarik yang telah dirancang oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk tahun 2025.

Dengan tema pembangunan mampan selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), pelbagai acara menarik telah disusun untuk memenuhi pelbagai minat dan kumpulan masyarakat.

image is not available
Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Tahun, Ini Kalendar Acara 2025 Di Kuching. Sumber foto: DBKU

Sama ada anda seorang pencinta alam, peminat seni, mahupun pencinta sukan, Kuching menyediakan platform untuk semua lapisan masyarakat turut serta.

Acara bulan Januari sehingga Desember 2025

Januari – Disember

  • Kuching Car Free Morning: Nikmati udara segar setiap Ahad pertama di Jalan Lebuh Wayang.
  • Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi: Acara patriotik yang diadakan setiap bulan di perkarangan pejabat DBKU. (Ahad pertama setiap bulan)

Mac

  • 2 Mac: Bazar Ramadan 2025 Satok.
  • 8 Mac: Program Agihan Bubur Pedas KJM di Padang SLPAS.

Mei

  • 15 Mei: Pelancaran Bulan Membaca 2025 di Masjid Darul Hana, memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat.
  • 22 Mei: Debat Perdana Piala Datuk Bandar di SMK Matang Jaya.
  • 24-25 Mei: Kuching Music Festival di Kuching Amphitheatre.

Jun

  • 14 Jun: Kayuhan Hari Alam Sekitar di Padang Merdeka.
  • 20-22 Jun: Temasya OKSHE di Kuching Waterfront.

Julai

  • 5 Julai: Pelancaran Bulan Kebersihan di Demak Laut Industrial Estate.

Ogos

  • 1 Ogos: Majlis Memperingati Hari Bandaraya, di Halaman DBKU.
  • 2 Ogos: Bandarayaku Berselawat di Stadium Perpaduan.
  • 9 Ogos: Golf Piala Datuk Bandar di Kelab Golf Sarawak.
  • 15 Ogos: Ceramah Perdana Bandarayaku di Masjid Darul Hana.
  • 16 Ogos: Kuching Street Parade di Padang Merdeka.
  • 17 Ogos: DBKU Mayor City Run di Padang Merdeka.
  • 21-24 Ogos: Siol International Mountain Bike Challenge (SIMBC) di Siol MTB Track.
  • 22-24 Ogos: Sepak Takraw Piala Datuk Bandar.
  • 23 Ogos: Siol Trail Run di Siol MTB Track.
  • 30-31 & 1 (Ogos-September): KJM Fest di Dataran Perayaan.

September

  • 7 September: DBKU Road Race 3.0 di Padang Merdeka.
  • 12-16 September: Kuching Lights & Floral Festival di Kuching Waterfront/ Pangkalan Sapi.
  • 14 September: Pickleball Piala Datuk Bandar di MUSCS, Pickleball Arena.
  • 26-28 September: Kuching International Cat Festival di Kuching Festival.

Oktober

  • 3-4 Oktober: Jom Sihat Bersama Warga Emas di Kampung Senari.
  • 22 Oktober: Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Kampung Samariang Batu.
  • 25-26 Oktober: DBKU X-Games 2.0 di Skatepark Stadium Negeri.

November

  • 22 November: Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Kampung Samariang Batu.

Disember

  • 7 Disember: Sambutan Hari OKU Sedunia di Padang Merdeka.

Kalendar Acara 2025 DBKU bukan sahaja memaparkan pelbagai acara untuk menghibur dan memperkayakan pengalaman penduduk tempatan, tetapi juga memberi peluang kepada pelawat untuk merasai keunikan budaya, tradisi, dan kemajuan bandar Kuching.

Dengan jadual yang padat dan pelbagai aktiviti menarik, tahun 2025 dijangka menjadi tahun yang penuh kenangan untuk semua. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara-acara ini dan jadikan 2025 sebagai tahun yang luar biasa di Kuching.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan tentang rancangan Sarawak untuk menganjurkan lebih banyak konsert antarabangsa tahun ini: