
Sebelum ini tular di TikTok mengenai seorang lelaki yang memakai maskot kartun minion dilihat sedang membuat pelbagai aksi yang menarik di Teluk Cempedak, Kuantan.
Telatah lelaki berkenaan telah mendapat perhatian oleh banyak pihak termasuk Ustaz Ebit Lew. Semalam dikatakan Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motosikal kepada minion tersebut, eh betul ke?
Beri perhatian
Hadiahkan Motor Ego Avantiz pada Minion Teluk Cempedak Kuantan yang tular di tik tok. Sebak dengar kisah adik ni. Aksi lucu adik ni mengundang rasa sebak yang melihatnya di Tik tok. Setiap hari mencari rezeki jadi minion dari 5petang sampai 12 malam. Menghiburkan orang lain disana. Saya pernah pakai maskot sejam je dah rasa macam tak bernafas. Panas lagi. Hebat adik ni. Suka tengok anak muda kuat berusaha cari rezeki#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp#minion
Ustaz Ebit Lew mendedahkan bahawa minion tersebut merupakan seorang lelaki berusia 19 tahun yang berasal dari Rompin. Lelaki itu telah menyewa sebuah bilik dan bekerja menjadi maskot di Teluk Cempedak tersebut dari petang hingga ke tengah malam.


Selain itu, rata-rata komen daripada warganet kagum dengan kecekalan dan ketabahan lelaki yang memakai maskot minion tersebut dalam mencari rezeki.
Menurut video yang telah dimuat naik di media sosial itu, Ustaz Ebit Lew telah bertemu dan memberi sedikit sumbangan wang dan juga menghadiahkan sebuah motosikal kepada minion tersebut.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
The post Maskot ‘Minion’ Viral Terima Hadiah Motor Daripada Ustaz Ebit Lew appeared first on Oh! Media.

