Pelbagai Perkhidmatan Terjejas Disebabkan Cloudflare Tergendala

Technology
18 Nov 2025 • 8:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelbagai perkhidmatan berasaskan web dan juga aplikasi tergendala dan gagal untuk diakses untuk seketika hari ini. Hal ini terjadi disebabkan perkhidmatan Cloudflare yang bermasalah dan sukar dicapai, membuatkan pelbagai perkhidmatan turut terjejas sama.

Cloudflare digunakan pelbagai perkhidmatan untuk tujuan pengurusan DNS sesuatu web. Apabila ia sukar dicapai, ia sekaligus membuatkan pelbagai perkhidmatan yang dipautkan melaluinya turut tergendala dan sukar untuk digunakan.

Antara perkhidmatan yang terjejas selain Amanz dan Daun adalah termasuk seperti X (Twitter), Pandai, dan pelbagai perkhidmatan lain lagi. Walaubagaimanapun, ia dilihat kini kembali pulih seperti sedia kala kembali. Punca masalah ini terjadi masih belum dikongsikan oleh pihak Cloudflare buat masa ini.