Pelbagai Syarikat Teknologi Memulakan Tahun 2024 Dengan Membuang Pekerja – Dari Lazada Sehingga Google

TechnologyDigital
15 Jan 2024 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun 2024 kini dilihat dimulakan dengan pelbagai syarikat teknologi mula mengurangkan angka pekerja pada syarikat mereka – dalam usaha meningkatkan kadar kecekapan dalam syarikat, disamping pada masa yang sama mengurangkan kos operasi.

Setakat dua minggu pertama Januari 2024 ini, sejumlah besar syarikat telah mula mengurangkan angka pekerja, termasuk antaranya adalah Lazada, Discord, Amazon Prime Video, Google, Twitch, Unity, Duolingo, Pixar dan sebagainya.

Beberapa syarikat juga telah mula mengumumkan penamatan perkhidmatan – termasuk InVision dan Artifact.

Angka pekerja yang dihentikan ini dijangka akan terus meningkat dalam minggu-minggu akan datang, disamping syarikat teknologi yang akan lebih mengoptimasikan pengambilan pekerja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved