

Kementerian Pengangkutan menegaskan tiada toleransi terhadap rasuah dan pelanggaran integriti dalam kalangan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berikutan laporan yang mendakwa pemilik lori menggunakan sticker perlindungan untuk mengelak sekatan jalan raya dan pemeriksaan.
Menetrinya, Anthony Loke, kementerian bersedia untuk mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu tersebut.
"Kementerian mengamalkan dasar sifar toleransi. Kami tidak akan berkompromi dalam isu integriti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemilik syarikat lori menggunakan sticker untuk memberi isyarat kepada pegawai JPJ agar membenarkan lori tersebut melepasi sekatan jalan raya tanpa pemeriksaan.

Sesetengah pemilik syarikat mengarahkan pemandu lori mereka untuk melekatkan stiker tertentu di bahagian cermin hadapan.
Jadi, lori-lori tersebut tidak akan dihentikan oleh pegawai JPJ apabila berada di lebuh raya atau jalan utama.

Setiap lori dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM200 sehari, namun terdapat juga pegawai dan kakitangan JPJ yang mengenakan bayaran tetap bulanan antara RM10,000 hingga RM30,000, bergantung pada jumlah lori yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

