Pelepasan cukai bagi 103 jenis sukan, usaha Hannah Yeoh ringankan beban babit yuran latihan

9 Jul 2024 • 10:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha merancakkan lagi industri dengan mengumumkan pelepasan cukai bagi yuran penyertaan latihan sukan.

Tidak kira bagi kita sendiri atau keluarga, ia dilihat mampu mengurangkan beban ibu bapa daripada mengeluarkan duit perbelanjaan anak-anak dalam penyertaan sukan.

Pelepasan cukai bagi 103 jenis sukan

image is not available

Malah, secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus melahirkan lebih ramai atlet yang berjiwa besar.

Difahamkan, sebanyak 103 jenis sukan diwartakan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) yang terkait bagi inisiatif pelepasan cukai.

Ia meliputi acara sukan dan aktiviti rekreasi di bawah akuatik, belayar, berbasikal, bola sepak, catur, dam, gimnastik, golf, gusti, hoki, luncur, memanah, olahraga dan banyak lagi.

Anda boleh rujuk infografik senarai sukan yang disediakan di bawah. Rasa teruja bukan? Pelbagai manfaat dapat diperoleh bermula tahun depan!

image is not available

image is not available

image is not available

Namun begitu, anda perlu memastikan penyedia latihan dari persatuan, kelab sukan atau syarikat sukan mematuhi syarat dan kriteria.

Penyedia latihan harus berdaftar dengan Pengerusi Sukan atau di bawah Akta Syarikat 2016 terlebih dahulu. Kalau tidak, lepaslah peluang anda untuk menikmati pelepasan cukai ditawarkan!

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menuntut pelepasan cukai bagi ibu bapa yang mengeluarkan kos demi menghantar anak untuk menjalani latihan sukan.

image is not available

Tuntutan itu dibuat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2024 tahun lalu.

image is not available

Hannah berkata, beliau tidak memerlukan duit yang banyak sebaliknya inisiatif seperti itu sudah cukup menarik minat ibu bapa bagi mendaftarkan anak menceburi bidang sukan.