Pelihara budaya, amalan tradisi: YB

31 Jan 2024 • 2:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Budaya dan amalan tradisi yang boleh merapatkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan perlu dikekalkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Tambahnya, ini juga boleh membantu sesuatu kaum itu dikenali.

Sebagai contoh, katanya, kaum Murut di Sabah kaya dengan budaya dan amalan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang seperti majlis pasisimpungan (pertemuan keluarga besar), gotong-royong dan sebagainya adalah pemangkin perpaduan dan keharmonian antara keluarga dan kelompok masyarakat.

Abdul Ghani, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian selepas merasmikan Orou Pasisimpungan am Panawariu yang pertama di Kampung Bahagia, di sini, Ahad lepas.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Beliau berkata, budaya dan amalan tradisi yang berkait rapat dengan perpaduan dan keharmonian perlu dijaga agar ia kekal diwarisi oleh generasi akan datang.

“Juga agar ia tidak pupus dengan kewujudan budaya dari luar yang boleh memecah-belahkan hubungan kekeluargaan.”

Abdul Ghani berkata program itu dapat mengeratkan lagi silaturahim sesebuah komuniti yang mana ia juga akan memberi impak positif dalam usaha membangunkan pelbagai aspek di kawasan masing-masing.

“Oleh itu, sebagai wakil rakyat saya sentiasa menggalakkan penganjuran program yang boleh memberikan impak positif kepada masyarakat di daerah ini,” katanya.

Beliau juga berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan kampung-kampung lain di daerah iti juga boleh menganjurkan program sama yang bermanfaat dan dapat menyatupadukan semua pihak.

Pada masa sama beliau mengucapkan tahniah kepada warga KRT Kampung Bahagia dan semua yang terlibat menjayakan program terbabit.

Program itu diserikan dengan perbagai persembahan kebudayaan dan hidangan makanan tradisi kaum Murut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.