Pelik Bagi Pantang Larang Pasal Benda Terbang, Wanita Terkejut Bila Dapat Tahu Senior Asrama Rupanya…

Entertainment
6 May 2025 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang pernah tinggal di asrama, mesti pernah dengar kisah-kisah misteri dan menyeramkan dalam asrama, kan? Tak kisahlah sama ada ia rekaan atau benar-benar terjadi.

Pengalaman di asrama yang dikongsikan wanita ini di TikTok telah meraih perhatian ramai selepas dia mendedahkan salah seorang rakan sebiliknya adalah penanggal.

Wanita itu berkongsi perkara itu pada ruangan komen dalam sebuah hantaran yang tular baru-baru ini mengenai perkongsian kisah berkenaan rakan serumah.

Semua pantang larang normal kecuali satu

Dalam perkongsiannya tersebut, ketika itu dia merupakan seorang pelajar baharu dan memasuki dorm yang dihuni oleh 10 orang pelajar junior dan senior.

Salah seorang pelajar senior telah memberikan beberapa pantang larang kecuali satu peraturan ini dianggap lain sedikit kerana diminta untuk tidak tegur jika nampak ‘benda terbang’.

Pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa kerana ia dilihat seperti perkara normal.

image is not available

Namun, dia mula mengalami perkara misteri setelah memasuki semester kedua apabila dia terserempak satu lembaga di dalam tandas.

Selepas kali pertama ternampak lembaga tersebut, dia berkongsi kali ini jelas terlihat penampakan susuk penanggal yang terbang ke arah badan.

image is not available

Susulan kejadian itu, dia mengalami demam seminggu dan keluar daripada asrama tersebut. Dakwanya, senior yang memberitahu pantang larang tersebut rupa-rupanya penanggal itu sendiri.

image is not available

Perkongsian kisah itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang tidak menyangka ada pelajar yang mengamalkan ilmu hitam.

Seriau pula rasanya. Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang kisah ini, boleh tengok dekat sini.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.