Pelik Lampin Anak 1 Tahun Penuh Darah Lepas Main Air Banjir, ‘Check’ Klinik Rupanya…

Entertainment
4 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memandangkan ketika ini merupakan musim hujan dan banjir, ada segelintir masyarakat menjadikan musim ini sebagai medan untuk berhibur dan bermandi-manda di kawasan yang ditenggelami air.

Masyarakat dinasihatkan agar berwaspada ketika musim banjir kerana pelbagai risiko boleh berlaku. Malah, perlu dielakkan bermain air banjir kerana ia telah dicemari dengan pelbagai jenis kotoran walaupun nampak jernih.

Lampin berdarah lepas main air banjir

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok mengenai perkongsian daripada seorang doktor yang menerima kes mengejutkan di kliniknya. Katanya, dia menerima pesakit berusia 1 tahun yang mengalami pendarahan di bahagian faraj.

Pada awal pemeriksaan melihat tiada luka atau kecederaan menimpa kanak-kanak tersebut namun ibu bapanya pelik kerana kerap kali bertukar lampin sebab berlaku pendarahan.

Apabila doktor melakukan imbasan X-ray, rupanya terdapar seekor lintah telah masuk ke dalam faraj kanak-kanak tersebut.

“Bila periksa, tiada apa yang luka atau cedera. Sekali doktor kecemasan buat scan di bahagian pundi kencingnya ternampak benda bergerak-gerak.

“Ya Allah, memang betul lintah dah masuk sampai situ,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kanak-kanak tersebut bermain air banjir tanpa memakai lampin, memberikan peluang kepada lintah untuk masuk melalui rongga badan.

Difahamkan, lintah itu berjaya dikeluarkan menerusi kaedah bladder flushing iaitu menggunakan air garam.

Dalam pada itu, doktor tersebut sempat menitipkan pesanan buat para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.