Pelik Tapi Benar, Pokok Tumbuh Dalam Paru-Paru Seorang Lelaki

5 Sep 2023 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nampak macam mustahil tapi dalam dunia tiada perkara yang boleh terjadi atas izin Allah.

Barangkali itulah gambaran yang sangat sesuai diberikan kepada satu berita ‘pelik tapi benar’ ini.

Ia tentang seorang lelaki yang dikatakan mempunyai barah pada bahagian paru-paru tetapi ternyata sedang berdepan dengan kejadian yang lebih aneh daripada sekadar menghidap penyakit tersebut.

Artyom Sidorkin mempunyai simptom mengalami barah pada paru-paru kerana sering berasa sakit pada bahagian tersebut selain batuk berdarah.

Bagaimanapun doktor terkejut kerana menemukan anak pokok setinggi 5cm sedang tumbuh pada bahagian paru-paru lelaki berusia 28 tahun tersebut.

Lelaki Rusia tersebut bagaimanapun selamat menjalani pembedahan membuang pokok dalam paru-parunya. Peristiwa aneh itu berlaku pada tahun 2009, lapor DailyMail.

Menurut pakar, pokok tersebut mungkin mampu tumbuh di dalam paru-paru lelaki tersebut selepas dia tersedut anak benih yang sedang bertebaran.

Sidorkin pula mengaku lega kerana selepas pokok tersebut berjaya dibuang, dia sekurang-kurangnya tahu tidak menghidap barah.

BACA: Selamba, Aktor Senior Ini Mengaku Tanam 99 Pokok Ganja & Jadi Pengedar​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved