Pelik tapi benar! Wanita ada dua suami, enggan berpisah sebab sayang

17 Jul 2023 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Umum sedia maklum, seorang wanita tidak boleh mengahwini lebih daripada seorang suami disebabkan faktor-faktor tertentu kecuali poligami dilakukan oleh si suami.

Kisah benar, suami pertama kahwin tanpa pengetahuan keluarga

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang wanita yang tidak didedahkan nama oleh seorang peguam syariah sewaktu mnegendalikan kes tersebut apabila dikatakan mempunyai dua suami dalam satu masa.

Menerusi perkongsian di platform TikTok milik peguam dikenali Syazril Khairy Mustafa, kisah mengenai seorang anak guaman memiliki dua suami adalah benar-benar berlaku dalam masyarakat di negara ini.

“Kisah benar kes kendalian saya sendiri. Suami pertama berkahwin di Siam tanpa pengetahuan keluarga dan suami kedua berkahwin di Malaysia, namu mendapat restu oleh ibu bapa.

image is not available

Gilir rumah, elak diketahui keluarga

Dedah peguam syariah tersebut, wanita berkenaan membuat sistem pergiliran sendiri dengan menetap di kedua-dua rumah suaminya, selain menyatakan alasan bagi elak diketahui ahli keluarga.

“Waktu siang isteri ke rumah suami pertama dengan memberikan alasan kepada bapanya mahu keluar kerja.
“Bila waktu malam, si isteri balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya,”katanya.

image is not available

Jelas peguam berkenaan, wanita berkenaan enggan berpisah dengan kedua-dua suaminya kerana sayang, selain mengakui perbuatan ‘haram’ sememangnya menyeronokkan.

image is not available

Pun begitu, peguam berkenaan menyatakan wanita tersebut telah pun berpisah dengan suami pertamanya selepas diketahui dan mengikut pilihan orang tuanya.

“Dah selesai, isteri ikut pilihan bapa pilih yang kedua. Jadi berlaku perceraian untuk pernikahan pertama,”jelasnya.
image is not available

Sah ke?

Kes tersebut mendapat perhatian ramai di mana masing-masing mempersoalkan mengenai status perkahwinan wanita berkenaan mengahwini dua orang suami dari segi undang-undang.

image is not available image is not available

Sumber: TikTok @lawyershazril