Pelakon Nadia Brian menafikan dakwaan kononnya dia bakal kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned.
Dakwaan itu timbul selepas Nadia, 35, memuat naik hantaran di Threads mengenai soal memberi peluang kedua dalam kehidupan.
AdvertisementView this post on Instagram
Bagaimanapun, Nadia menjelaskan perkongsian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan hubungan lamanya bersama Boss Ned.
“Hantaran itu tidak ada kena-mengena dengan dia pun. Tidak ada istilah saya dengan bekas kekasih (Boss Ned) akan kembali bersama, hubungan kami okey cuma tidak berhubung pun.”
Menurut Nadia, hantaran mengenai peluang kedua itu dibuat secara rawak dan lebih kepada refleksi terhadap kehidupan dirinya sendiri.
View this post on Instagram
“Dalam fikiran saya ketika itu, mungkin patut memberi peluang kedua pada diri sendiri dalam segala hal termasuk untuk mempunyai hubungan cinta baharu atau sebagainya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Nadia turut mengakui memahami sekiranya perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai tafsiran dalam kalangan orang ramai.
Katanya, setiap individu mempunyai hak untuk membuat andaian berdasarkan apa yang dilihat di media sosial.
“Harap penjelasan saya ini menjawab tanda tanya ramai,” katanya.
Nadia masih solo
Dalam pada itu, Nadia menafikan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki ketika ini.
Sebaliknya, dia mengakui selesa berkawan dengan ramai individu namun belum ada hubungan yang dibawa ke tahap serius.
“Sekarang status masih solo, perancangan nak kahwin ini memang ada tetapi tidak tahu dengan siapa dan tahun bila.”
“Kalau berkawan, memang ramai cuma tidaklah ke arah serius, apa pun doakan untuk saya,” ujarnya.
Terdahulu, hantaran Nadia mengenai peluang kedua mencetuskan spekulasi apabila ramai mengaitkannya dengan Boss Ned.
Pada Januari lalu, Nadia pernah mengakui hubungannya bersama Boss Ned berada dalam fasa saling mengenali hati budi sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah secara baik pada Mac lalu tanpa sebarang konflik besar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Tya Tak Pernah Tengok Drama, Dia Percaya Saya" - Shukri Yahaya Jawab Isu Aksi Mesra Dengan Pelakon Wanita Ketika 'Photoshoot'
The post “Peluang Kedua? Bukan Untuk Nedim Nazri” – Nadia Brian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






