“Saya Tak Terkesan Dengan Segala Kejian Dan Makian” – Firdaus Wong Nafi ‘Tunggang’ Isu Shah Rocky, Tegas Isu Bukan Soal Kaum

14 Aug 2026 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Firdaus Wong menafikan dakwaan kononnya dia menunggang kontroversi membabitkan Shah dan anjing Rocky demi kepentingan tertentu.

Menurutnya, penglibatan dalam isu berkenaan bukan bertujuan mengambil kesempatan atau memperbesarkan sentimen kaum, sebaliknya atas dasar mahu melihat sesuatu dakwaan dinilai melalui saluran yang betul.

Advertisement
View this post on Instagram

Firdaus turut menegaskan bahawa isu tersebut tidak sepatutnya dijadikan perbalahan antara kaum atau agama.

Beliau mendakwa sebelum ini juga pernah menerima permintaan bantuan daripada individu bukan Islam yang berdepan gangguan, termasuk kes membabitkan haiwan peliharaan mereka.

Dalam masa sama, Firdaus berkata masyarakat tidak sepatutnya terus menghukum seseorang hanya berdasarkan rakaman video pendek tanpa mengetahui keseluruhan konteks kejadian.

Isu tersebut menurutnya perlu diserahkan kepada siasatan, bukti dan proses undang-undang, bukannya penilaian sepihak di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Firdaus wong2026-08-13 12:34:01

“Ancaman Bun*h Sampai Cari Di Rumah” – Peguam Tegas Netizen, Selebriti & Pempengaruh Fitnah Shah Seksa & Bunuh Rocky Bakal Diambil Tindakan

 

The post “Saya Tak Terkesan Dengan Segala Kejian Dan Makian” – Firdaus Wong Nafi ‘Tunggang’ Isu Shah Rocky, Tegas Isu Bukan Soal Kaum first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved