Peluang menangi wang tunai RM25,000, kempen bayar balik pinjaman PTPTN

17 Jan 2025 • 5:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpeluang memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,000 melalui kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! bermula 1 Januari hingga 31 Mac ini.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata peminjam boleh menghantar penyertaan menerusi aplikasi myPTPTN, dan 25 pemenang akan menerima hadiah RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman.

“Kempen ini juga menawarkan kategori khas, istimewa buat pelanggan baharu yang ke-2.5 juta, yang berjaya memuat turun dan membuat pengesahan identiti di myPTPTN untuk memenangi hadiah wang tunai RM2,500 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penyertaan kempen adalah secara automatik apabila peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan nilai minimum RM100 sepanjang tempoh kempen untuk melayakkan mereka mendapat 10 cabutan, manakala pengguna myPTPTN yang mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.

Selain itu, Ahmad Dasuki berkata peminjam juga boleh menggunakan aplikasi web myPTPTN untuk membuat rundingan bagi pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.

“Ini adalah pendekatan proaktif PTPTN seperti #PTPTNBolehBincang dan #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam membuat rundingan pelan pembayaran balik fleksibel mengikut kemampuan kewangan masing-masing,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh layari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved