Peluang sertai bengkel melukis komik bersama Imuda Ahad ini

20 Sep 2023 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 20 SEPT: Orang ramai berpeluang menyertai bengkel melukis komik bersama kartunis tersohor, Imuda di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, Ahad ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan bengkel yang dijadual bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari terbuka kepada semua golongan termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.

“Jom daftar Melukis Karikatur Berwarna bersama Imuda pada 24 September ini. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur.

“Peserta hanya perlu membawa kertas lukisan saiz A3, pensel 2B, pensel warna dan pemadam,” katanya yang diterjemah menerusi poster program di Facebook.

Menurut PPAS, peserta hanya dikenakan yuran RM30 manakala makanan dan minum disediakan pihak penganjur.

Mereka yang berminat boleh hubungi Puan Nazaleeza di talian 019-679 2288 untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved