
Lebih RM100,000 hadiah wang tunai untuk dimenangi
Pertandingan Seni Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], kembali lagi. Kini dalam tahun ketiga, para peserta yang berminat boleh menghantar penyertaan mereka sebelum 30 Mac 2024 dan menghantar gambar karya seni mereka sebelum 30 April 2024.
Tema pertandingan tahun ini, ‘Reality of Abstraction,’ meneroka kaitan antara imaginasi dan realiti. Para peserta digalakkan untuk mentafsir tema ini secara abstrak, menggunakan warna, bentuk dan emosi untuk menangkap sifat idea yang sukar difahami, dan menerjemahkannya ke kanvas. Mereka boleh mengubah adegan biasa atau menerangkan bentuk konvensional untuk mewakili realiti dengan cara yang unik.
Pertandingan lebih menarik tahun ini kerana menawarkan hadiah wang tunai lumayan berjumlah lebih RM100,000 kepada 40 pemenang dalam dua kategori utama: Institusi Awam dan Pendidikan. Pemenang akan berpeluang memenangi Hadiah Utama, Anugerah Pilihan Juri, Anugerah CEO, Anugerah Pengasas, Anugerah Artis Kreatif, Anugerah Spotlight dan Anugerah Cemerlang MR D.I.Y. untuk setiap kategori.
Ini merupakan Pertandingan Seni MR D.I.Y. edisi ketiga. Pada tahun 2023, Mohd Fizrie Azhan bin Mohd Torikat dianugerahkan Hadiah Utama untuk karyanya 'The Journey No. 1', bertemakan "Hot or Cold." Pada tahun 2022, Mohd Syazwan Bin Abd Rahim memenangi Hadiah Utama untuk karyanya ‘Upside Down’, bertemakan "Kita Jaga Kita. What’s Next Malaysia?".
Peruncit melancarkan pertandingan pada tahun 2022 dengan tujuan membudayakan penghargaan terhadap seni Malaysia dalam kalangan orang ramai, yang diharap akan dapat mempromosikan ekosistem kreatif yang kaya dan beragam di negara ini. Selain itu, peruncit juga berharap dapat menyediakan platform yang mampan bagi bakat seni di seluruh negara untuk dibesarkan dan diperkembangkan, sebagai salah satu usahanya untuk menambah nilai kepada negara dan kehidupan rakyat Malaysia.
Mereka yang berminat boleh mendaftar penyertaan mereka di laman web MR D.I.Y. sebelum 30 Mac 2024 dan menyertakan kenyataan ringkas (tidak melebihi 200 patah perkataan) mengenai karya seni mereka. Foto karya seni harus dihantar melalui emel kepada MR D.I.Y. di yongjui.foo@mrdiy.com sebelum 30 April 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan seni tahunan MR D.I.Y. layari laman webnya, dan media sosialnya, Facebook, Instagram, dan TikTok.




