Pelukan erat penuh emosi Mohd Shuhaily iringi persaraan Ayob Khan

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 7:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelukan erat penuh emosi Mohd Shuhaily iringi persaraan Ayob Khan
Mohd Shuhaily memeluk erat Ayob Khan selepas selesai paluan berundur Timbalan Ketua Polis Negara di Pulapol Kuala Lumpur pada Ahad.
Image from: Pelukan erat penuh emosi Mohd Shuhaily iringi persaraan Ayob Khan
Ayob Khan yang akan memulakan persaraan pada Isnin telah berkhidmat dalam pasukan keramat PDRM hampir 35 tahun.
Image from: Pelukan erat penuh emosi Mohd Shuhaily iringi persaraan Ayob Khan
Ayob Khan ketika majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Image from: Pelukan erat penuh emosi Mohd Shuhaily iringi persaraan Ayob Khan
Ayob Khan - Foto: Rosli Taib

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memeluk erat Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay adalah antara detik penuh emosi ketika majlis persaraan tokoh kepolisan itu pada Ahad.

Mohd Shuhaily sebelum itu dilihat menanti sehingga habis perbarisan paluan berundur Ayob Khan di pintu masuk utama Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Selesai Ayob Khan bergambar bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK), Mohd Shuhaily kemudian menghampirinya.

**media[3595554]**

Tanpa sebarang kata, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu terus memeluk erat Ayob Khan.

Kelihatan sebak seketika riak wajak kedua-dua pegawai kanan terbabit.

Mohd Shuhaily kemudian turut memeluk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan bersalaman bersama pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setelah selesai, Mohd Shuhaily yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kemudian mengiringi konvoi Ayob Khan keluar dari Pulapol Kuala Lumpur.

**media[3595555]**

Terdahulu, majlis yang bermula jam 2 petang itu menyaksikan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Ayob Khan yang akan memulakan persaraan pada Isnin telah berkhidmat dalam pasukan keramat PDRM hampir 35 tahun.

Anak jati Kota Setar, Kedah itu menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan antaranya Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah JSJ Bukit Aman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved