Mohd. Shuhaily, Ayob Khan sebak berpeluk selepas paluan berundur

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 7:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mohd. Shuhaily, Ayob Khan sebak berpeluk selepas paluan berundur

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilihat menanti di luar pintu masuk utama Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini ketika perbarisan paluan berundur Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, petang tadi.

Terdahulu, Ayob Khan bergambar bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK) sebagai tanda simbolik persaraan beliau bermula esok.

Kemudian, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dilihat menghampiri Ayob Khan sebelum memeluk erat beliau dan kedua-duanya kelihatan sebak.

Mohd. Shuhaily kemudian turut memeluk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan bersalaman bersama pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seusai selesai, Mohd Shuhaily yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kemudian mengiring konvoi Ayob Khan keluar dari Pulapol Kuala Lumpur.- UTUSAN

The post Mohd. Shuhaily, Ayob Khan sebak berpeluk selepas paluan berundur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved