
“Pelukan Terakhir…” Momen Anak Peluk Jasad Arwah Khairul Abdillah Undang Sebak
Pemergian seorang bapa adalah antara pengalaman yang paling sukar untuk diterima dalam hidup.
Ia bukan sekadar kehilangan seorang insan yang disayangi, tetapi juga kehilangan tempat bergantung, sumber nasihat dan figura yang selama ini menjadi pelindung keluarga.
Saat paling menyakitkan ialah ketika memberi pelukan terakhir kepada jasad yang sudah tidak bernyawa, saat di mana semua kenangan, kata-kata dan kasih sayang terasa seperti berhenti seketika.
Dalam detik itu, hati seakan tidak percaya bahawa insan yang selama ini begitu dekat kini telah pergi buat selamanya.
"Pelukan terakhir"
Menerusi hantaran @nrl_izh di Threads, wanita tersebut berkongsi sebuah gambar yang cukup menyentuh hati dan meruntun emosi ramai yang melihatnya.
Anak kecil itu dilihat sedang memeluk erat jasad bapanya yang telah meninggal dunia.
Allahyarham Mohamad Khairul Abdillah Ramli merupakan pemain yang berada dalam skuad Piala Agong Kelantan 2026 serta pemain skuad Bunga Raya 7s yang pernah menyumbang pingat emas buat Malaysia di temasya Sukan SEA 2017.

Walaupun sudah tidak bernyawa, pelukan itu seolah-olah menggambarkan betapa kuatnya kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya, seakan-akan tidak mahu melepaskan walau apa pun yang berlaku.
Dalam pada itu, @nrl_izh turut meminta orang ramai agar sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang sangat baik semasa hayatnya, serta mendoakan agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan soleh.
"Boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah adik ini. Arwah dahulu sangat baik orangnya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin," ujarnya.

Allahyarham dalam perjalanan pulang ke Kelantan
Media tempatan melaporkan Allahyarham yang ketika itu berusia 34 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke Kelantan dengan menaiki bas ekspres di sebelah pagi.
Dalam kejadian itu, bas tersebut berhenti untuk makan di Merapoh, Pahang sebelum pemandu mendapati arwah berada dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri.
Jenazah Allahyarham Mohamad Khairul Abdillah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kg. Gua, Kuala Krai, Kelantan selepas Isyak.
Baca juga:




