
Kota Kinabalu: Pelumba basikal dari seluruh dunia dijangka akan mengambil bahagian dalam GFNY Kota Kinabalu, acara berbasikal yang menampilkan dua kategori dengan jarak 69.3 kilometer dan 135.3 kilometer di sini, pada 10 Disember.
GFNY, jenama maraton berbasikal global terbesar yang membuat penampilan sulung di sini, akan menyaksikan peserta berkayuh dari pusat bandar ke beberapa daerah berdekatan.
Ini didedahkan oleh pengarah urusan FR Exhibitions Sdn Bhd, Syed Mohammed Feisal Dato’ Syed Hussan, yang juga pemegang francais GFNY Malaysia, semasa kunjungan hormatnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin di pejabatnya pada Selasa. Beliau berkata Kota Kinabalu dipilih sebagai lokasi kedua selepas Kuala Lumpur kerana lokasinya yang strategik di kepulauan Borneo dan sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan utama di rantau ini.
Beliau menambah, terdapat hasrat untuk meletakkan Sabah dalam Kalendar Siri Dunia GFNY dengan menjadikan Kota Kinabalu sebagai tuan rumah.
SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Sementara itu, Ellron memberi jaminan kepada Feisal bahawa kementeriannya akan memberikan sokongan penuh bagi memastikan kejayaan acara itu yang diyakininya akan membawa impak positif kepada industri pelancongan negeri dengan aliran pendapatan yang dijana.
Menurut beliau, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi membantu dan memberi kerjasama erat kepada pihak penganjur.
“Saya akan mengarahkan pegawai saya untuk mewujudkan jawatankuasa bertindak dengan penyertaan agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi membincangkan keperluan dan cadangan berhubung penganjuran acara yang julung kali diadakan di negeri ini,” katanya.
Penganjur menggesa mereka yang berminat dengan acara itu untuk melayari laman web kotakinabalu.gfny.com atau kk.gfny.com, yang akan dilancarkan secara rasmi pada Khamis (13 Julai).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



