
Kota Kinabalu: Sebanyak 122 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) siap dibina setakat Jun lepas, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.
Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit rumah disasar dibina di seluruh negeri, dengan setiap 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menerima agihan kira-kira 20 rumah.
“Baki pembinaan 1,378 Rumah Mesra SMJ akan diteruskan pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.
Rumah Mesra SMJ dilaksanakan mulai tahun lepas dengan mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin bagi membantu golongan di bawah garis kemiskinan untuk memiliki rumah.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Ia adalah inisiatif berimpak tinggi digariskan di bawah Hala Tuju SMJ digarap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan matlamat memastikan kesejahteraan rakyat menerusi akses kepada rumah mampu milik.
Pemilihan penerima Rumah Mesra SMJ adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam sistem e-kasih, memiliki rumah daif, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengalami bencana.
Kos pembinaan rumah itu antara lain menggunakan peruntukan geran khas RM125.6 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk Sabah pada tahun lepas.
Jahid berkata kementeriannya yang diberi tanggungjawab melaksanakan program itu komited untuk memastikan setiap unit Rumah Mesra SMJ siap mengikut perancangan dan jadual ditetapkan bagi membolehkan golongan sasar menikmati kediaman lebih selesa.
Selain Rumah Mesra SMJ, konsep pemberian bantuan rumah menerusi Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah juga dilaksanakan sejak 2021 dan sehingga kini sebanyak 78 unit rumah telah dan sedang dalam pembinaan, katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


