Pelumba drag Hattem Rashid maut kemalangan di litar lumba

5 Sep 2023 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hattem meninggal dunia ketika dirawat di hospital akibat kemalangan ketika perlumbaan drag pada awal pagi Ahad lalu. - Pix Ihsan Pembaca

KUANTAN - Pelumba drag, Hattem Rashid meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Berita pemergian Hattem disampaikan oleh kakaknya dalam cerita Instagram di akaun (Hattem).

“Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan bahawa Hattem Rashdi telah meninggal dunia pada jam 2.29 petang, hari ini (Isnin).

“Mereka yang mengenalinya boleh menghadiri pengebumiannya pada pukul 9 pagi esok (Selasa). Terima kasih. Al-Fatihah,” tulis kakaknya.

Difahamkan, ini merupakan acara kedua anjuran MUSC Motorsport yang melibatkan kematian.

Sebelum ini, MUSC juga pernah menjadi penganjur acara Battle of The King (BOTK) 2022 di Trek Lumba Terengganu di Gong Badak dan salah seorang pesertanya maut dalam kemalangan ketika perlumbaan, tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superitenden Mohd Zaidi Mat Zin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved