Ratusan kenalan jalan kaki ikut hantar jenazah pelumba drag ke tanah perkuburan

Music
5 Sep 2023 • 7:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Berita tentang kemalangan melibatkan seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi tentunya mengejutkan peminat motosikal Tanah Air.

Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa setelah motosikal yang ditunggangi terbabas sewaktu dalam perlumbaan.

@hafiz_pmp64

Selamat jalan rider super pro malaysia ( MUHAMMAD HATTEM BIN RASHIDI )terima kasih pernah jadi joki terbaik kami AL FATIHAH #hattem #hattemrashdi #alfatihah #alfatihahbuatmu #orangbaikramaisayang #ridersuperpro #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – CAPANG_DRAG – CAPANG_DRAG

Jenazah diiringi ke tanah perkuburan

Apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu semangat setia kawan rakan-rakan yang sama berjuang dalam bidang tersebut apabila hadir menghantar jenazah allahyarham ke tanah perkuburan dalam jumlah yang ramai.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai ._syazwannnn, ratusan kenalan dan juga rakan-rakan turut serta berjalan kaki ke tanah perkuburan bagi urusan mengebumikan allahyarham.

Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok yang juga rakan kepada arwah mengatakan yang ramai menyayangi Muhammad Hattem.

Ramai yang mengiringi ke rumah baru

Perkongsian tersebut juga telah mendapat perhatian ramai sehingga masing-masing tertanya-tanya amalan apa yang dilakukan oleh arwah sehingga dia diiringi ke tanah perkuburan dengan kehadiran ramai orang.

Walau bagaimanapun, mereka turut mendoakan agar roh Muhammad Hattem ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

image is not available

Amalan apa yang dibuat hingga ramai sayang

 

image is not available

Pengakhiran yang dicemburui

image is not available

Ramai yang sayang arwah

image is not available

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat

image is not available

 

Sumber: TikTok _.syazwannnn

View Original Article