“Pelumba France Himpit Agresif Secara Sengaja, Hampir Jatuh..” – Azizulhasni Ulas Punca ‘Disqualified”

11 Aug 2024 • 9:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, Malaysia dikhabar dengan berita kurang gembira apabila jaguh trek berbasikal negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan serta merta dari perlawanan.

Pelumba Perancis himpit dan halang

Menurut Azizulhasni, dihalang dan dihimpit secara sengaja oleh pelumba France punca dirinya meningkatkan kelajuan untuk berada di posisi hadapan.

image is not available

Katanya lagi, dia hampir terjatuh pada ketika itu susulan dihimpit oleh pelumba itu.

Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ia adalah intentionally aggressive (agresif secara sengaja) kerana melanggar saya dan hampir terjatuh. Saya terselamat kerana tindakan pantas dan good handling skills yang saya ada.

Dah cuba breaking tapi gagal kurangkan kelajuan

Dalam pada itu, pelumba berusia 36 tahun itu berkata pelumba Perancis itu masih cuba untuk menghimpit dirinya untuk kali kedua yang menyebabkan Azizulhasni bergerak ke hadapan untuk mengelak.

image is not available

Biasa di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50 hingga 55km/h. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya.

Susulan itu, pelumba trek berbasikal yang dikenali sebagai The Pocket Rocket Man itu berasa terkejut melihat kelajuan pacer yang kurang laju dan sudah cuba untuk breaking, malangnya tidak sempat untuk perlahankan kelajuan yang diingini.

image is not available 4 days ago

“Memang Patut Dia Palau Korang” - Kata Jangan Pegang Nama Malaysia, Video 3 Pengulas Sukan Kecam Lee Zii Jia Tular Semula

View Original Article