Pelupusan dadah tidak dibuat di Sabah - Jauteh

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelupusan dadah tidak dibuat di Sabah - Jauteh
Jauteh (tengah) dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Khamis.

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menjelaskan bahawa pelupusan barang kes membabitkan dadah tidak dilakukan di Sabah, sebaliknya semua bahan berkenaan dilupuskan di Negeri Sembilan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan yang sering dibangkitkan oleh warganet mengenai ketiadaan proses pelupusan barang kes dadah di negeri ini.

"Sebenarnya, tiada pelupusan dibuat di Sabah. Mengikut prosedur operasi standard (SOP), semua barang ini akan dibawa ke Semenanjung, iaitu di Negeri Sembilan untuk dilupuskan di sana.

"Jika orang awam ingin melihat ketelusan pelupusan ini, boleh ke Semenanjung untuk melihatnya sendiri. Inilah cerita sebenarnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai operasi perobohan struktur setinggan dan pembanterasan kecurian air, Jauteh berkata, operasi bersepadu yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan berkaitan akan diteruskan.

"Buat masa sekarang, PDRM bersama jabatan lain seperti Jabatan Air dan Sabah Electricity sedang melaksanakan operasi membanteras penyambungan haram air. Ia bermula pada 15 haribulan ini.

"Kita telah buat pemotongan ke atas banyak saluran air haram. Operasi ini dibuat secara berterusan dan harian. Setakat ini ada empat tangkapan melibatkan kecurian air dan telah diserahkan kepada Jabatan Air untuk siasatan lanjut," katanya.

Menjawab soalan mengenai kawasan yang terlibat, beliau berkata, operasi ketika ini memberi tumpuan kepada laluan dari Alam Mesra hingga ke Tamparuli, membabitkan penempatan setinggan serta kemungkinan pemilik rumah sewa di kawasan perkampungan setinggan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved