‘Port’ rempit Lebuh Turi digempur lagi

19 Jul 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Port’ rempit Lebuh Turi digempur lagi

Image from: ‘Port’ rempit Lebuh Turi digempur lagi

KLANG – Persimpangan Lebuh Turi di Persiaran Raja Muda Musa di sini yang menjadi lokasi lumba haram digempur sekali lagi selepas operasi sama dijalankan kira-kira empat bulan lalu.

Kegiatan itu dibanteras menerusi Ops Khas Samseng Jalanan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula pukul 12 tengah malam yang menyaksikan tujuh motosikal disita dan 16 saman dikeluarkan termasuk memandu secara melulu serta berbahaya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pelaksanaan operasi itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan dan mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi pemeriksaan ke atas 13 individu bersama motosikal masing-masing.

“Sebanyak 16 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan tujuh motosikal disita untuk tindakan lanjut. Satu kes turut dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

“Kesemua sitaan dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan bagi pemeriksaan. Operasi seumpama ini akan dijalankan secara berterusan,” katanya.

Tinjauan Kosmo! sepanjang operasi itu mendapati persimpangan lampu isyarat tersebut dipenuhi ratusan penunggang motosikal termasuk menggunakan ekzos bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Port’ rempit Lebuh Turi digempur lagi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved