Pemain Badminton Malaysia Bertunang Dengan Pemain Badminton Jepun

27 Mar 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan kedua-dua pemain itu di laman media sosial Instagram, pada awal pagi Khamis.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua mereka berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangan tersebut.

"Dia (Ohori) bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, berbeza cara hidup.

"Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh," kata mereka.

Perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Ohori sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-dua mereka dilihat kerap meluangkan masa secara bersama selain kelihatan mesra apabila berbual.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved