Pemain Bola Indonesia Dikecam Dakwa Polis Malaysia Minta Duit

LocalFootball
10 Nov 2025 • 4:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan dua rakannya ditahan polis Malaysia, manakala video kedua pula menunjukkan dakwaannya bahawa polis cuba meminta wang sogokan.

Tuduh polis Malaysia minta duit

Kejadian berlaku ketika Adam berada di Malaysia untuk menyertai perlawanan AFC Champions League Two (ACL2) menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

image is not available

Pada hari itu, mereka dipercayai memandu melawan arus dan dihentikan oleh anggota polis. Semasa pemeriksaan, polis meminta mereka menunjukkan pasport, tetapi mereka hanya menyerahkan kad pengenalan Indonesia. Polis kemudian menasihati mereka supaya sentiasa membawa pasport ketika berada di Malaysia.

Artikel lain: Inspektor Sheila Buat Hal Lagi? Polis Siasat Dakwaan Ganggu Tugas Anggota Trafik

Dalam video pertama itu, Adam mengejek anggota polis dengan panggilan “Upin Ipin” dan mendakwa dirinya ditahan tanpa sebab. Rakaman tersebut kemudian dipadam dari akaun media sosialnya.

Tidak lama selepas itu, video kedua muncul, di mana Adam mendakwa polis Malaysia cuba meminta wang sogokan untuk melepaskan mereka.

image is not available

Dia juga mendakwa bahawa polis hanya bersikap baik dan melepaskan mereka selepas mengetahui salah seorang yang berada dalam kereta itu adalah anggota tentera Indonesia.

Menurut Adam, polis Malaysia baru bertindak mesra dan bercakap baik kononnya selepas perkara itu diketahui. Dakwaan ini bagaimanapun tidak disertai sebarang bukti, malah tiada rakaman menunjukkan perkara itu benar berlaku.

Tindakan dan kenyataan Adam mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. Ramai menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas dan boleh menjejaskan imej polis.

image is not available

Netizen juga mengingatkan bahawa anggota polis kini dilengkapi bodycam yang merakam setiap tindakan mereka semasa bertugas, sekaligus menyangkal dakwaan tidak benar tersebut.

Selain itu, pelancong asing diingatkan supaya sentiasa membawa pasport dan dokumen pengenalan diri ketika berada di Malaysia, agar insiden seumpama ini dapat dielakkan.

Jangan samakan undang-undang di negara kamu dan Malaysia

image is not available

Nasib tak bawa pi balai

image is not available

Apa bukti polis minta duit

image is not available

Sumber: TikTok @OfficialiNews

The post Pemain Bola Indonesia Dikecam Dakwa Polis Malaysia Minta Duit appeared first on Borak Daily.