Pemain Persib Bandung Kena Tahan Ketika Memandu Di Malaysia, Dakwa Polis Minta ‘Wang’

10 Nov 2025 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial rakaman pemain Persib Bandung hampir dikenakan saman oleh polis Malaysia selepas aksi menentang Selangor FC baru-baru ini.

Difahamkan, polis menahan kenderaan dinaiki Robi dan beberapa rakannya kerana memandu menongkah arus serta tidak membawa pasport.

Momen tersebut dikongsikan pemain Persib, Adam Alis, yang memuat naik video ketika mereka dihentikan semasa dalam perjalanan pulang ke penginapan selepas menikmati nasi lemak di sebuah warung.

 

View this post on Instagram

 

 

Dalam masa sama, sesi live atlet tersebut tular di mana dia mendakwa polis Malaysia cuba untuk meminta wang daripada mereka dan berubah menjadi ‘baik’ selepas mengetahui salah seorang daripada mereka merupakan tentera.

Menurut Adam, mereka berpusing-pusing di jalan raya kerana Google Maps tidak berfungsi dengan betul, sebelum kenderaan mereka diberhentikan polis untuk pemeriksaan.

Insiden itu bagaimanapun berakhir dengan gelak tawa, selepas polis melepaskan mereka tanpa sebarang tindakan.

Sumber: Instagram, Tribun Medan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.