Pemain bola sepak maut, lapan cedera dipanah petir

LocalFootball
5 Aug 2026 • 7:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemain bola sepak maut, lapan cedera dipanah petir

NARATHIWAT: Seorang pemain bola sepak maut manakala lapan lagi cedera selepas dipanah petir ketika perlawanan separuh akhir Golok FA Cup 2026 di Stadium Santipap, Sungai Golok, kelmarin.

Mangsa, Sofwan Awae, 24, mengalami kecederaan kritikal selepas petir menyambar padang ketika perlawanan masih berlangsung sebelum disahkan meninggal dunia.

Kejadian berlaku ketika masa kecederaan dalam perlawanan itu, ketika hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda kawasan berkenaan. Lapan pemain lain turut cedera dalam kejadian itu.

Sofwan merupakan bekas pemain Pattani FC yang baru menyertai FC Yala.

Susulan berita kematiannya, FC Yala menerusi media sosial menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pemain berkenaan.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pemain baharu FC Yala, Sofwan Awae,” kata kelab itu.

Peminat bola sepak dan pengguna media sosial turut menyampaikan ucapan takziah susulan tragedi berkenaan.

Golok FA Cup 2026 merupakan kejohanan bola sepak tempatan yang disertai pasukan dari wilayah sempadan selatan Thailand serta kelab dari Malaysia.

Dalam kejadian hampir sama, seorang kedi maut selepas dipanah petir ketika bekerja di sebuah padang golf di Bangkok semasa hujan ribut, ketika pemain masih meneruskan permainan walaupun keadaan cuaca buruk.

Tragedi itu mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pemain dan kakitangan di padang golf ketika berlaku ribut. Ramai pengguna media sosial mempersoalkan keputusan meneruskan permainan dalam keadaan berbahaya, selain mendakwa wujud tekanan yang menyebabkan kedi sukar menghentikan permainan atas faktor keselamatan.- AGENSI

The post Pemain bola sepak maut, lapan cedera dipanah petir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved