Pemain Bola Sepak Terbaik Algeria Dipenjara Lapan Bulan Sebab Sokong Palestin

4 Jan 2024 • 3:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain pertahanan Algeria, Youcef Atal dipenjara lapan bulan dan didenda 45,000 euro (RM228,149) oleh mahkamah Perancis kerana menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Menurut laporan AP News, dia didapati bersalah mencetuskan kebencian kerana berkongsi mesej antisemitik pada Oktober di tengah-tengah ketegangan global berhubung perang Israel-Hamas.

Pemain Algeria dipenjara lapan bulan

image is not available

Bukan itu sahaja, pemain yang berusia 27 tahun itu telah pun digantung oleh liga bola sepak Perancis selama tujuh perlawanan sepajang musim tersebut.

Malah, dia yang juga bermain untuk pasukan kebangsaan Algeria, memohon maaf selepas menyiarkan hantaran tersebut dan turut memadamkan video seorang pendakwah Palestin yang didakwa membuat kenyataan antisemitik.

Pejabat pendakwa raya Nice membuka siasatan awal pada Oktober yang menyasarkan Atal atas tuduhan mempertahankan keganasan dan menghasut orang ramai untuk membenci atau keganasan kerana agama tertentu.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Atal telah menjaringkan 12 gol dalam 117 perlawanan sejak menyertai Nice pada 2018.

Sehingga kini, jumlah kematian Palestin yang direkodkan kepada lebih 22,000 dalam hampir tiga bulan peperangan di kawasan yang dikuasai Hamas.

Sumber: AP News