Pemain China Terpaksa Cabut Tujuh Gigi Selepas ‘Berlaga’ Dengan Syahmi Safari

12 Sep 2023 • 4:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain pertahanan kiri China, Li Shuai terpaksa mencabut tujuh giginya selepas bertembung dengan pemain pertahanan Harimau Malaya, Syahmi Safari dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Chengdu pada Sabtu lalu.

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, Shuai bertembung dengan Syahmi ketika ‘berlaga’ berebut bola di udara lima minit sebelum wisel penamat menyebabkan perlawanan diberhentikan seketika.

Selepas dirawat oleh doktor, hanya Syahmi yang bangun dan berjalan perlahan-lahan keluar dari padang bola namun Shuai masih tidak sedarkan diri.

image is not available

Disebabkan itu, pasukan perubatan memanggil ambulans untuk membawa pemain Shangai Port itu ke hospital untuk rawatan lanjut.

China Sports Vision 2050 melaporkan selepas menjalani pemeriksaan, Shuai tidak mempunyai kecederaan lain namun doktor terpaksa mencabut tujuh giginya susulan pertembungan tersebut.

image is not available

Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil dan semestinya perkembangan itu sudah tentu melegakan ketua jurulatih pasukannya, Aleksandar Jankovic.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 yang mana gol pertama milik Malaysia hasil ledakan Faisal Halim pada minit ke-11.

Namun begitu, China berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lin Liangming pada minit ke-36.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved