“Pemain dah sepakat” – Penjaga Gol Liga Belgium Pura-Pura Cedera Untuk Benarkan Rakan Sepasukan Berbuka

Entertainment
20 Mar 2024 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesuatu yang menarik berlaku dalam arena bolasepak Belgium baru-baru ini melibatkan tiga daripada empat perlawanan penting liga yang mana penjaga gol ketiga-tiga perlawanan telah cedera pada waktu yang sama dan ianya bukanlah satu kebetulan.

Sebenarnya tindakan tersebut telah mendapat pujian ramai kerana ia adalah ‘helah’ bagi membantu pemain yang berpuasa untuk berbuka.

Semasa perlawanan antara KAA Gent menentang Charleroi, penjaga gol Charleroi Herve Koffi telah ‘cedera’ diikuti oleh Tobe Leysen di perlawanan antara OH Leuven – Mechelen dan seterusnya Maarten Vandervoort pula dalam perlawanan yang melibatkan pasukan Westerlo dan Racing Genk.

image is not available

Menurut laporan, ‘kecederaan’ yang menyebabkan penjaga gol terpaksa duduk atau terbaring ini telah dipersetujui oleh para pemain kerana ramai dalam kalangan pemain liga berkenaan berpuasa pada bulan Ramadan.

Jadi, apabila memasuki minit ke-20 iaitu waktu berbuka, penjaga gol terlibat telah pura-pura cedera agar rakan mereka yang berpuasa boleh berehat sebentar sambil berbuka puasa.

image is not available

Bagi yang tak tahu, liga di Belgium tidak seperti England mahupun Belanda yang mana pengadil boleh berhentikan perlawanan untuk membenarkan pemain berbuka ketika Ramadan. Jadi, disebabkan belum ada peraturan ‘kebenaran’ berbuka tersebut, pemain-pemain di liga berkenaan telah bersetuju dengan cara ini untuk tunjukkan sokongan terhadap rakan sepasukan yang sedang berpuasa.

Ketika ditanya oleh wartawan tentang ‘kecederaannya’ Vandervoodt hanya tergelak dan memberikan kenyataan yang dia hanya berbuat demikian untuk rakan yang berpuasa.

Sumber : Tribuna

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.