Pemain ‘keyboard’ Teh Tarik Senja, Addin Mikhail meninggal dunia

EntertainmentMusic
5 Aug 2025 • 7:06 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Dunia muzik indie tempatan dikejutkan dengan berita pemergian pemain keyboard kumpulan Teh Tarik Senja, Addin Mikhail Mohd Rauzi, yang disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan menerusi satu hantaran rasmi di laman Instagram kumpulan tersebut, yang memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses bedah siasat.

“Salam semua. Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa pemain keyboard kami, Addin Mikhail bin Mohd Rauzi telah meninggal dunia. Mohon jasa baik anda semua untuk mendoakan agar urusan postmortem berjalan lancar dan agar roh arwah Addin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

Ucapan takziah turut dizahirkan kepada keluarga Allahyarham menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu, tinjauan MYBERITA di ruangan komen di laman tersebut dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa daripada rakan-rakan, penggiat seni serta peminat.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Pergi terlalu awal… Tenanglah di sana sahabat.”

“Baru tengok persembahan Teh Tarik Senja di Anugerah Indie… tak sangka ini berita terakhir kami dengar tentang Addin. Al-Fatihah.”

“Addin orang yang sangat baik dan berbakat besar. Industri kehilangan permata hari ini.”

Berita selanjutnya menyusul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved