Pemain popular Piala Dunia pilih Chile

FootballSports
27 Jul 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemain popular Piala Dunia pilih Chile

SANTIAGO – Selepas muncul sebagai antara kejutan terbesar di Piala Dunia FIFA 2026 bersama Cape Verde, penjaga gol veteran Vozinha kini kembali fokus dengan kerjayanya di peringkat kelab.

Pemain berusia 40 tahun itu dijangka meneruskan kariernya di Chile apabila Colo-Colo mengesahkan telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan khidmat penjaga gol itu.

Penjaga gol Cape Verde itu yang sebelum ini kurang dikenali di pentas bola sepak dunia, menjadi salah seorang bintang kejutan terbesar kejohanan hasil aksi cemerlangnya menentang beberapa pasukan gergasi dunia.

Vozinha memainkan peranan penting apabila Cape Verde berjaya mengikat juara dunia, Sepanyol dengan keputusan seri, selain memaksa naib juara, Argentina beraksi hingga ke masa tambahan.

Deretan aksi menyelamat luar biasanya sepanjang kejohanan itu menyebabkan peminat mengundinya ke dalam Pasukan Terbaik Piala Dunia FIFA 2026, mengatasi penjaga gol ternama seperti Unai Simón dan Emiliano Martínez.

Presiden Colo-Colo, Aníbal Mosa, mengesahkan bahawa kelab gergasi Chile itu telah mencapai persetujuan untuk menandatangani penjaga gol berpengalaman tersebut.

“Pertama sekali, saya boleh mengesahkan bahawa Vozinha akan menjadi pemain Colo- Colo. Kami telah mencapai persetujuan, dan hanya beberapa butiran terakhir bersama wakil beliau yang masih perlu diselesaikan,” kata Mosa. – AGENSI

The post Pemain popular Piala Dunia pilih Chile appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved