Pemain Tenis Ranking Ke-30 Dunia, Yusshazwan Layak Ke Sukan Paralimpik Paris

18 Jul 2024 • 2:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain tenis kerusi roda kebangsaan, Mohammad Yusshazwan Yusuf bakal membuat penampilan sulung pertamanya pada temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris bermula 28 Ogos ini.

Menerusi satu laporan Berita RTM, Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) memaklumkan bahawa slot tersebut diberikan kepada Yusshazwan menerusi merit selepas beliau berjaya menduduki ranking ke-30 dunia sebagai pemain tenis terbaik peringkat antarabangsa.

image is not available

Foto: Berita RTM

“Hanya 32 pemain terbaik dalam ranking dunia Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) layak bertanding secara merit di Paris,” katanya.

Sementara itu, Presiden WTM Muhd ​​Iqbal Sulaiman pula dilaporkan berkata, kejayaan Yusshazwan mendapatkan slot itu secara tidak langsung menjadikannya pemain negara kali kedua yang layak ke Sukan Paralimpik, selepas Abu Samah Borhan yang pernah membuat penampilan sulung di Tokyo 2020.

image is not available

Foto: Bernama

“Abu Samah sedang menunggu permohonan bipartitnya (melalui Jemputan Suruhanjaya Bipartit) untuk diluluskan (untuk Paralimpik 2024),” ujarnya.

Untuk makluman, Abu Samah pernah bergandingan dengan Yusszhawan dalam merangkul pingat perak beregu lelaki semasa Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dalam acara sukan berkenaan.

Sumber: Berita RTM

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved