Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Disarankan Semula Oleh KKM Kerana Kes Covid-19 Meningkat

WorldTechnologyDigitalSpace
31 Oct 2022 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyarankan penduduk Malaysia untuk kembali memakai pelitup muka di kawasan-kawasan tertutup dan dipenuhi orang ramai. Saranan diberikan selepas melihat kes Covid-18 di Malaysia sudah kembali meningkat sejak akhir-akhir ini.

image is not available

Ketika artikel ditulis, purata 2570 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dalam masa tujuh hari. Trend peningkatan kes dapat dilihat sejak pertengahan bulan ini. Dengan pilihanraya akan berlangsung pada 19 November hadapan, gelombang baharu ini haru dibendung sebelum menjadi lebih serius. Malaysia bukan satu-satunya sahaja negara yang menunjukkan peningkatan kes harian kerana ia berlaku serentak di peringkat global.