Catat Lebih 1,000 Kes Harian, Wuhan Kembali ‘Lockdown’ Lepas Kes COVID-19 Naik Mendadak

29 Oct 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa bandar di China, dari Wuhan ke Xining kini kembali disekat atau ‘lockdown’ selepas kes harian COVID-19 direkodkan semakin meningkat. Pada khamis lalu sahaja, China merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan ini.

Akibat daripada lonjakan kes COVID-19, kerajan China telah memerintahkan lebih 800,000 untuk menetap di rumah sehingga 30 Oktober ini. Bandar Zhengzhou, rumah kepada kilang iPhone juga dilaporkan terkesan dengan perintah ini.

image is not available

Menurut laporan, Wuhan telah menangguhkan penjualan daging babi selepas pihak berwajib melaporkan salah satu kes yang dilaporkan adalah berkaitan dengan daging babi yang dijual oleh orang tempatan.

Selain Wuhan, kota keempat terbesar China iaitu Guangzhou juga meminta warganya untuk menetap di dalam rumah sehingga akhir Oktober. Beberapa jalan besar di wilayah itu dilaporkan telah ditutup.

image is not available

Meskipun 1,000 kes dilihat sebagai bilangan yang kecil jika nak dibandingkan dengan negara lain, China mengamalkan dasar sifar Covid. Jadi, pihak berkuasa akan cuba menghapuskan wabak ini dengan sepantas dan sebaik mungkin.

Untuk rekod, arahan berkurung ini bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk di China, malah ekonomi negara itu juga terjejas apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) jatuh sebanyak 2.6 perauts dalam tempoh tiga bulan.

Kredit: BBC

image is not available

Sumber: Detik Sumber: CNBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.