Pemalam ini punca pengalaman YouTube anda perlahan

TechnologyDigital
17 Jan 2024 • 12:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

YouTube tidak menggemari iklannya dihalang menggunakan pemalam di pelayar web. Namun, isu pengguna yang mengadu pengalaman mereka seakan direncat baru-baru ini dikatakan bukanlah berpunca daripada pihak YouTube. Perkara ini mungkin ada benarnya kerana terdapat laporan bug pada pemalam Adblock Plus berkiatan isu itu.

Misalnya dalam halaman kemas kini Adblock Plus versi 3.22 untuk Chrome, Firefox, Microsoft Edge, dan Opera, terdapat komen yang menyatakan laman web menjadi perlahan secara ketara, tidak terhad kepada YouTube sahaja. Pihak pembangun mengambil maklum tentang isu ini dan mengakui ia berpunca perubahan kod yang mereka bawakan pada AdBlock Plus 3.22 yang memberi kesan pada laman web rekaan dinamik.

image is not available

Kemas kini baharu telahpun diterbitkan yang membawa nombor versi 3.22.1 dan pengguna pemalam Adblock Plus boleh memuat turun kemas kini melalui gendung pemalam pelayar webmasing-masing.

image is not available

Sebagai rujukan, YouTube memang pernah merancang untuk mengambil langkah drastik untuk pengguna pemalam penghalang iklan. Contohnya dalam bulan Julai 2023 lalu, terdapat pengguna YouTube menerima mesej pop-up yang menyatakan akses YouTube padanya akan dihalang selepas 3 video disebabkan penggunakan adblocker.

image is not available

Sumber: AdBlock Plus

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved