Pemandu 4x4 maut tersepit nahas tiga kenderaan

LocalCars
14 Jul 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu 4x4 maut tersepit nahas tiga kenderaan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Bukit Kemuning di sini pada Selasa.

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Kemuning di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi.

"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 13 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 15 minit, mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler, lori satu tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Terdapat seorang mangsa lelaki yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 31 tahun tersepit di dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved