Pemandu Axia Bikin Onar Atas Lebuh Raya, Polis Sahkan Pemandu Dah Kena "Angkut"

LocalCars
17 Dec 2024 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara memandy secara ‘zig zag’ Lebuhraya Utara Selatan arah utara, polis mengesahkan pihaknya sudah pun menahan pemandu Axia terbabit.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan selepas polis mengesan video tersebut di aplikasi TikTok kira-kira pukul 3.20 petang pada 4 Disember lalu.

image is not available

“Video berdurasi 1 minit 9 saat itu memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia nombor pendaftaran tidak pasti dikesan dipandu secara melulu dengan pergerakan zig zag ke kiri dan kanan jalan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Kejadian dipercayai berlaku di kilometer 216 Lebuhraya Plus arah utara dibawah pentadbiran Alor Gajah. Susulan itu, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia yang melakukan aksi zig zag sehingga hampir menyebabkan kemalangan terhadap pemandu lain.

Punca dia berbuat demikian masih belum diketahui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved