Rasa Tercabar Ditegur, Pemandu Perdana Buat Aksi Drift, Sekejap Lagi Dah Kena Angkut!

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara ditegur menghisap rokok, pemandu Proton Perdana dilihat membuat drift secara berbahaya di sebuah stesen minyak di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Klip video itu menunjukkan seorang pemandu Perdana berwarna kuning dilihat menekan minyak sejurus ditegur.

Individu itu kemudian membuat provokasi dengan memandu secara melulu sehingga menghalang laluan kenderaan orang awam terbabit.

image is not available

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular mengenai kejadian itu pada pukul 8 pagi tadi.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya.

Saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi 03-79662222.