“Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Ada 18 Rekod Saman & 21 Saman Bas” – Polis

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Buletin TV3, polis telah mengesahkan bahawa pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hingga kemalangan dan mengakibatkan 15 pelajar maut mempunyai 18 saman yang pernah direkodkan.

Pemandu bas ada berbelas rekod saman belum diselesaikan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, daripada 18 saman itu, 13 saman yang dikeluarkan adalah kesalahan memandu laju, satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.

Semua 18 saman itu masih belum diselesaikan lagi.

image is not available

 

Dalam pada itu, siasatan mendapati bas berkenaan juga mempunyai rekod sebanyak 21 saman dikeluarkan disebabkan kesalahan trafik.

Bagaimanapun rekod saman ke atas bas terbabit 16 sudah dijatuhkan hukum manakala baki lima saman masih dalam siasatan.

Akan segera lengkapkan kertas siasatan untuk dakwa pemandu bas

Mohd Yusri sewaktu ditemubual berkata pihak PDRM dengan kerjasama Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya rkata, PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat kemalangan ini secara menyeluruh.

image is not available

Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk kita mendakwa pemandu (bas) terbabit di mahkamah.

image is not available 5 hours ago

Pemandu Bas UPSI Nafi Pandu Laju, Dakwa Brek Bas Tiba-Tiba Gagal - "Saya Hanya Mampu Minta Maaf Pada Semua.."