Pemandu Bas Jujur Di Sibu Raih Pujian Lepas Sedaya Upaya Cari Pemilik Beg Hilang

Entertainment
23 May 2023 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini sebuah hantaran di Facebook telah dimuat naik oleh syarikat Kapit Bus Express, memaparkan salah seorang daripada pekerjanya yang telah menunjukkan satu contoh yang baik.

Menerusi hantaran itu, dapat dilihat foto pemandu bas syarikat berkenaan, Encik Dian sedang bergambar dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Encik Wellington.

image is not available

“Encik Wellington terlupa bawa beg, tertinggal dalam bas. Encik Dian terjumpa beg penumpang di tempat duduk dalam bas. Selepas menjumpai beg penumpang, Encik Dian terus bawa beg itu ke kaunter dan meminta saya untuk menghubungi penumpang dengan segera.”

Difahamkan, Encik Dian terjumpa sebuah beg di dalam bas yang dipandunya namun pada ketika itu semua penumpang telah turun daripada bas tersebut.

Oleh kerana rasa bertanggungjawab, Encik Dian telah bergegas mendapatkan maklumat pemilik beg tersebut agar dia dapat menuntutnya di kaunter Sibu.

image is not available

“Selepas mendapatkan nombor penumpang daripada sistem syarikat. Saya terus call penumpang untuk mendapatkan beg dia daripada kaunter tiket Sibu,” jelasnya.

Tidak lama kemudian, pemilik beg tersebut, Encik Wellington telah datang ke kaunter Sibu untuk menuntut beg kepunyaannya sekali gus dia memuji sikap jujur yang masih wujud dalam diri Encik Dian.

image is not available

“Encik Wellington amat gembira selepas beg dipulangkan dan memujikan kejujuran pemandu. Di Kapit Bus Express kami amat mementingkan sikap team yang jujur dan bertanggungjawab. Dengan ciri-ciri ini, penumpang boleh rasa yakin terhadap syarikat kami. Ciri-ciri Encik Dian perlu dipujikan,” katanya.

“Kejujuran tu amanah semasa bertugas” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Encik Dian yang bersikap amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.

image is not available

Betulah orang cakap kita kena sentiasa jujur walaupun takde orang nampak..

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.