Pemandu bas Rapid KL ditahan bantu siasatan kemalangan maut

29 Sep 2026 • 2:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu bas Rapid KL ditahan bantu siasatan kemalangan maut

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemandu bas Rapid KL bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Subang Jaya dekat sini, Isnin lalu.

Keterangan pemandu bas berusia 29 tahun itu diambil bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek direman sehari dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Ujian alkohol dan saringan air kencing didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.19 pagi, seorang lelaki berusia 19 tahun maut manakala seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan ke Subang Mewah.

Rapid KL memaklumkan, ketika melalui Persiaran Subang Permai, bas itu melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Rapid KL akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan. – UTUSAN 

The post Pemandu bas Rapid KL ditahan bantu siasatan kemalangan maut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved