Pemandu Bas Riba Wanita Dibuang Kerja Serta Merta, Syarikat Tampil Mohon Maaf

LocalPolitics
13 Apr 2026 • 3:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Syarikat bas menerusi satu kenyataan rasmi tampil memohon maaf berikutan pemandu bas yang didakwa meriba seorang wanita ketika bertugas.

Dalam kenyataan itu, Sri Maju Group mengesahkan tindakan susulan telah diambil iaitu laporan polis. Selain itu, pemandu bas ekspres itu juga telah ditamatkan perkhidmatan serta merta.

Syarikat bas buat laporan polis

image is not available

Menurutnya, insiden berkenaan disifatkan amat mengecewakan, membimbangkan sekali gus tidak boleh diterima.

Pihaknya juga telah melaporkan kejadian kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

View on Threads

Kenyataan itu berkata, pihaknya memohon maaf dengan setulus-tulusnya dan tanpa sebarang syarat kepada semua penumpang yang terbabit serta kepada orang awam. 

Syarikat berkenaan menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa penumpang mereka. 

Pssttt! Kes ini jelas menunjukkan kepentingan disiplin dan tanggungjawab dalam mengendalikan kenderaan awam. Tindakan tegas yang diambil adalah wajar, namun pemantauan berterusan perlu dipastikan bagi menjaga keselamatan penumpang pada setiap masa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pemandu Bas Riba Wanita Dibuang Kerja Serta Merta, Syarikat Tampil Mohon Maaf appeared first on Oh! Media.