Pemandu BMW langgar penunggang wanita hingga cedera dikesan

LocalCars
2 Feb 2025 • 3:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BUTTERWORTH, 2 FEB: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam kejadian langgar lari, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati alamat pemandu tersebut di Perak dan Johor.

“Usaha mengesan pemandu kereta tersebut giat dijalankan dan kami meminta bantuan polis di kedua-dua negeri tersebut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video kamera papan pemuka memaparkan seorang penunggang motosikal wanita terjatuh selepas dilanggar kereta BMW 5 Siri sebelum pemandunya meninggalkan mangsa, dalam kejadian pada 8.45 pagi.

Mangsa dalam insiden itu dikatakan mengalami cedera di kaki dan rahang serta terpaksa menerima beberapa jahitan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved