
Pemandu Cedera, Bas Bawa 21 Penumpang Terbabas Masuk Dalam Parit
Seorang pemandu bas cedera manakala 21 orang penumpang yang lain terselamat apabila sebuah bas ekspress terbabas ke dalam parit pada awal pagi tadi.
Menurut Bernama, bas ekspress tersebut terbabas selepas terlanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Kuala Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.
Bas ekspress itu dikatakan dalam perjalanan dari Jerteh ke Tanjung Malim.
Pemandu cedera manakala 21 penumpang selamat dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas ke parit dipercayai akibat terlanggar tiang elektrik di Jalan Kuala Sungai Manik, Teluk Intan ketika dalam perjalanan dari Jerteh ke Tanjung Malim awal pagi tadi.
@bombaJBPM pic.twitter.com/vVpRuaSH61
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 23, 2022
Berita lanjut menyusul.
Sumber: BERNAMA
The post Pemandu Cedera, Bas Bawa 21 Penumpang Terbabas Masuk Dalam Parit appeared first on Siakap Keli.
