
KUNAK: Seorang pemandu lori berusia 44 tahun cedera ringan selepas lori tangki sawit dipandunya terbabas dalam kejadian berhampiran jambatan Tingkayu di Jalan Kunak–Lahad Datu awal pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Mohamad Omarbatha berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 6.05 pagi.
“Sepasukan anggota diketuai Mohd Ridzuan Sahidun bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.
“Pemandu berkenaan yang terperangkap berjaya dikeluarkan anggota bomba bertugas sebelum diserahkan kepada ambulans untuk rawatan di hospital,” katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.45 pagi.


